3 FESYEN PILIHAN UNTUK ANDA BERGAYA SEPERTI LISA SURIHAN
Ingin bergaya seperti Lisa Surihani? Tak susah sebab Lisa lebih pentingkan keselesaan dan kesederhanaan. Skinny jeans, skinny pants, blouse, loose shirt atau sweater merupakan antara fesyen pilihan pelakon cantik ini. Malah, isteri kepada Yusri KRU juga mementingkan kecantikan asli dan lebih gemarkan solekan tipis, solekan tebal hanya dikenakan ketika pengambaraan ataupun majlis rasmi.
Ini antara 3 fesyen pilihan Lisa Surihani:
1. Simple seperti Lisa Surihani. Lisa memilih sweater dipadankan bersama skinny jeans dan cat flats dari Charlotte Olympia.
2. Ringkas sahaja penampilan Lisa. Hanya mengenakan blouse rona putih dipadankan dengan seluar krim poket di sisi, nampak elegan dengan tas tangan dari Celine.
3. Untuk majlis formal, Lisa memilih long dress rona putih dan disesuaikan dengan tumit tinggi dari rona yang sama, tas tangan dari Lady Dior. Untuk serlahkan penampilan cuba lakukan kontra dengan memilih tumit tinggi seperti dalam gambar.
0 comments:
Post a Comment