RESIPI : Sotong Goreng Tepung



Sotong Goreng Tepung Ala Terengganu

Kaedah 1

Bahan-bahan :
*  4 ekor sotong bersaiz besar - dipotong bulat ukuran 1 inci lebar
*  4 sudu tepung gandum
*  1 biji telur - dipecahkan
*  Garam
*  Lada sulah


Cara  sebenar menyediakan sotong goreng tepung mudah
  1. Toskan sotong hingga betul-betul hilang airnya. Ia bagi mengelakkan sotong meletup bila digoreng. Gaul semua sotong dengan garam dan lada sulah.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.
  3. Celupkan sotong ke dalam telur yang dipecahkan tadi. 
  4. Salutkan sotong dengan tepung. Bila nak goreng baru salutkan sotong dengan telur dan tepung agar sotong tidak terlebih lembik.
  5. Goreng sotong dengan minyak yang penuh. Sotong akan masak dengan cantik dan rangup. Jika kurang minyak, sotong akan lembik.
  6. Angkat bila sotong kekuningan.


Kaedah 2

Bahan-bahan :
*  4 ekor sotong berukuran besar - potong bulat & nipis
*  3/4 cawan tepung gandum
*  1 sudu kecil baking powder
*  1/8 sudu kecil garam
*  1 sudu besar minyak masak
*  sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
*  air secukupnya - lebih kurang 1 cawan
*  minyak untuk mengoreng
*  1 sudu besar tepung lagi - untuk lumur pada sotong




Nak Lebih Rangup

  1. Toskan dulu sotong bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan sotong dengan tepung. Ia bagi menghilangkan bau hanyir pada sotong. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ini tidak terlalu cair, pekat sedikit berbanding menyediakan bancuhan lempeng atau kuih ketayap.
  3. Biarkan bancuhan tepung seketika anggaran 5 - 7 minit. Kemudian, celup sotong ke dalam tepung hingga menyaluti sotong sepenuhnya.
  4. Panaskan minyak dan celup sotong satu-satu dalam tepung dengan pegang perlahan-lahan. Kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
  5. Siap untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba!!

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment