Ramai rasanya yang susah nak elak dari makan waktu malam kan? Jika ingin makan malam, pastikan anda tahu caranya. Makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berat badan berlebihan. Apa yang penting adalah jumlah kalori yang di ambil dalam sehari., tidak kira sama ada semasa sarapan , makan tengahari ataupun makan malam.
Kenapa perlu kurangkan kalori ketika makan malam? Sebab, pada waktu malam, kita sudah kurang beraktiviti dan pembakaran lemak menjadi perlahan. Organ tubuh tidak membakar lemak ketika anda sedang tidur....
Jom ikut tips bagaimana nak elak dari makan malam yang banyak!
1. Elak makan dengan hidangan yang besar
Kajian mendapati makan berkumpulan mempengaruhi saiz hidangan anda. Anda akan makan banyak ketika makan bersama orang lain daripada makan bersendirian.
2. Jangan langkau waktu makan tengahari
Mungkin kerana sibuk bekerja anda suka langkau waktu makan tengahari terutama kaum wanita. Namun, amalan ini ada kelemahannya kerana ia akan mendorong anda makan berlebihan pada waktu malam. So, jangan skip lunch ye!
3. Kawal tekanan / stress
Ada orang suka makan ketika sedang stress..ia menjadi salah satu cara melepaskan tekanan selepas seharian berhadapan dengan pebagai masalah dan melupakan segala masalah. Sila kawal stress/tekanan anda!
4. Makan sambil menonton televisyen
Beberapa kajian menunjukkan perkaitan antara menonton televisyen dengan masalah kegemukan adalah benar! Menonton sambil mengunyah makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti aiskrim, coklat, kerepek dan keropok memang menyeronokkan , tak sedar makanan dah habis di tangan dan anda telah makan banyak...
Jadi cuba elakkannya..
5. KiloJoule (kJ) paling rendah
Makanan yang mana mempunyai kiojoule (kJ) per gram paling rendah?
A. Karbohidrat
B. Lemak
C. Protien
D. Akohol
E. Serat
B. Lemak
C. Protien
D. Akohol
E. Serat
E adalah jawapannya! Setiap gram serat bersamaan dengan 8 kJ bagi protien dan karbohidrat, alkohol (29kJ) dan lemak (37kJ). Jadi, makan lebih banyak serat seperti sayur dan buah dalam setiap hidangan anda!
0 comments:
Post a Comment