Manfaat Puasa Ramadhan



Manfaat puasa dari bulan Ramadhan adalah sesuatu yang berhubungan dengan kerohanian dan agama. Manfaat fizik juga besar dan tidak dapat diabaikan.

Beberapa manfaat dari puasa bulan Ramadhan diantaranya adalah:

Puasa adalah disipilin agama yang sangat baik, ia melatih fikiran dan tubuh untuk mengatasi kesulitan, marah, haus, lapar dll. Salah seorang sufi mengatakan bahawa rahsia hidup adalah dengan bercakap sedikit, makan sedikit dan tidur sedikit. Dan semua disiplin tersebut kita lakukan semasa di bulan Ramadhan.

Puasa Ramadhan mendorong kita untuk berdoa, sedekah dan melakukan perbuatan-perbuatan baik. Menahan diri dari melalukan kejahatan dengan memberikan kekuatan antara satu sama lain untuk mengatasi segala macam kejahatan. Hasilnya akan membentuk masyarakat yang damai, saling mengasihi dan sejahtera.

Puasa Ramadhan juga akan membantu kita agar tidak terlalu mengejar duniawi semata-mata. Menjadikan kita lebih dekat kepada Allah taala, seterusnya meningkatkan keimanan dalam diri.

Kita di sarankan agar sentisa membaca AlQuran di bulan Ramadhan. Dengan membaca Al-Quran secara tidak langsung kita akan mula mengenal ayat-ayat suci ini. Dan sebaiknya ketika kita membaca AlQuran kita juga perlu mengerti erti dan maksud dari ayat-ayat yang ada.

Puasa juga mendorong meningkatnya rahmat Allah, kesabaran, ketabahan, kerendahan hati, kesederhanaan, pengorbanan - jika manunisa boleh mengorbankan makanan dan minum, maka dia juga akan bisa mengorbankan hidupnya untuk Tuhan.

Manfaat dari segi kesihatan. Beberapa pakar telah mengesahkan tentang kebaikan kepada kesihatan ketika berpuasa. Dalam bukunya 'Preservation of Health' Dr. H.A. Morton Whitby. Seorang pakar bedah terkenal telah mengedahkan bahawa makanan adalah antara punca kepada penyakit dan puasa merupakan penawar yang paling mujarap.

Puasa juga boleh mengurangkan rasa ketagihan kepada alkohol, ubat-ubatan, merokok yang sememangnya berbahaya kepada kesihatan seseorang.
Puasa juga dapat mengekang hawa nafsu seksual sehingga keinginan seksual tidak disalahgunakan.

Sumber Rujukan: - Ramadhan and its Blessings
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment