Resepi: Udang Goreng Tepung Rangup


Udang goreng tepung akan terasa lebih rangup apabila dihidangkan panas-panas dan juga semakin sedap. Jom kita layan resepi udang goreng tepung rangup dibawah.

Bahan-Bahan

Resepi Udang Goreng Tepung
80 gm tepung gandum
25 ekor udang
1 sudu kecil baing powder
100 ml air
sedikit kunyit (bila ingin udang berwarna putih tak perlu letak kunyit)
sedikit garam

Cara Membuat Udang Goreng Tepung
1. siapkan mangkuk atau bekas kemudian masukan garam bersama baking powder dan tepung gandum. masukan air dan kacau hingga rata dan biarkan selama 30 minit sebelum digunakan atau boleh juga dimasukan ke dalam freezer.
2. bersihkan udang hingga benar-benar bersih kemudian keringkan udang dengan kitchen tissue dan pastikan semua bahagian udang benar-benar sudah kering.
3. panaskan minyak yang banyak kerana nanti agar udang boleh tenggelam ketika digoreng. pegang bahagian ekor udang dan celupkan udang kedalam bancuhan tepung.
4. pada bahagian ekor tak bersalut tepung pun tak ape. kemudian masukan kedalam minyak yang sudah panas tadi dan goreng hingga warnanya cantik atau keperangan.
5. akhir sekali, angkat dan toskan, agar lebih sedap hidangkan bersama sos pencicah atau cos cili thai, mayonis.

Note:
1. agar ketika menggoreng tidak meletup pastikan semua bahagian udang yang bersalut tepung benar-benar kering.
2. bancuhan tepung jangan terlalu cair agar boleh melekat pada udang.
3. bila ingin menggoreng udang menjadi luruh hiris menyerong bahagian bawah udang dan buat 3 - 5 hirisan bergantung kepada saiz udang.
resepi udang goreng tepung rangup ini akan lebih sedap bila dihidangkan panas-panas

Sumber : http://www.blogopsi.com
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment