9 Petua Tradisional Hilangkan Nafas Berbau,


Banyak cara atau tips yang boleh kamu lakukan untuk mengatasi bau nafas yang kurang enak dan memalukan itu, antaranya:

1 Menghisap Kulit Kayu Manis
Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau.

Kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam. Jika anda menghisap kulit kayu manis setiap hari, ia dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.

2.Serai Wangi Dan Kulit Limau Kasturi
Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga ¾ tinggi periuk kemudian anda jerangkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3.Daun Jambu Batu
Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda.Tumbuk daun tersebut hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

4 Asam Jawa Dan Gula Merah
Satu cara lagi bagi menghilangkan nafas dan mulut berbau. Anda bancuh sedikit asam jawa, gula merah dengan air panas. Minumlah setiap malam sebelum tidur. Amalkan sekerap mungkin, InsyaAllah tiada lagi nafas berbau yang memalukan anda

5.Cengkih
Ambil anggaran 3 atau 5 kuntum bunga cengkih kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga sejuk dan air rebusannya anda gunakan untuk berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.

6.Sirih
Sirih adalah antiseptic yang baik bagi mengatasi bau mulut, maka gunakannya untuk atasi bau yang tidak enak di mulut.
Caranya :~
Cuci bersih daunnya kemudian di rebus menggunakan air anggaran 1.5 gelas. Setelah itu dibiarkan hingga air rebusan sirih menjadi sejuk, dan gunakan untuk berkumur selepas antum menggosok gigi.
Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit. Minum air tersebut. Anda amalkan setiap hari.

7.Bunga Lawang
Bunga lawang (star anise) bersifat sebagai antibakteria dan antikulat, serta kandungan ‘linalool’ dalam bunga lawang bersifat sebagai antioksidan sehingga sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Ambil sekuntum atau 3 kuntum bunga lawang kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga suam dan airnya boleh anda gunakan untuk minum atau berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.

Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Secara tak langsung, ia juga dapat merawat penyakit asma, bronchitis dan batuk kering, antara penyebab nafas berbau.

8.Meminum Teh Hijau Dan Daun Pudina
Cara lain yang mungkin boleh anda lakukan secara amalan tradisi, misalnya dengan minum air teh hijau atau dengan meminum air rendaman daun pudina sekurang-kurngnya 2 kali sehari.

9. Gorengan Hampas Kelapa
Ambil anggaran segenggam hampas kelapa dan gorengkan di dalam kuali tanpa minyak. Gorengkannya hingga kekuningan. Angkat dan dibiarkan sejuk. Kemudian anda ambil dan kunyah-kunyahkannya hingga hancur. Ia boleh dimakan atau diluahkan.
Di samping itu, anda amalkan meminum air suam dengan kerap. InsyaAllah kesannya akan dapat dilihat beberapa hari selepas itu.

Penutup
Menghadapi masalah mulut atau nafas berbau memang membuatkan anda berasa malu untuk bercakap dengan orang lain. Cubalah anda amalkan mana-mana petua tradisional mudah di atas, InsyaAllah dapat mengatasi masalah bau mulut dan nafas anda dengan berkesan.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment