Berhijab pun boleh Hipster


GAYA HIPSTER UNTUK YANG BERHIJAB
Pelbagai gaya fesyen yang muncul berjaya meledakkan arus fesyen tanah air dan angin ketaksuban gaya tersebut turut terkena tempias kepada fesyen Muslimah yang menitikberatkan penjagaan aurat mereka.

Siapa kata gadis Muslimah tidak tahu tentang fesyen? Jika diperhati, mereka gemar mengikuti trend fesyen terkini malah fesyen jalanan atau hipster turut menjadi ikutan gadis-gadis ini dan menjadi alternatif bagi yang ingin menutup aurat mereka dengan gaya penuh berketerampilan untuk apa sahaja tujuan, masa dan tempat.

Keterbukaan pereka-pereka fesyen untuk memperluaskan rekaan mereka kepada golongan ini haruslah dipuji kerana kehadiran bentuk rekaan yang kontemporari tetapi labuh, longgar dan tidak jarang membuka lembaran baharu dalam mekanisme fesyen gadis Muslimah Malaysia.

Kewujudan jenama Naive Malaysia (Naive), memberi pilihan kepada golongan ini untuk mendapatkan rekaan yang santai tetapi mampu membuatkan mereka kelihatan lebih bergaya dan menyuntik keyakinan dalam diri melalui koleksi rekaan terbaharu dan segar.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment