Permainan Tradisional Meriam Buluh


Meriam buluh

Meriam Buluh adalah sejenis mercun buatan sendiri yang popular semasa musim perayaan Hari Raya di Malaysia. Seperti juga mercun yang lain, meriam buluh diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan 1957; ironinya, semakin ramai kanak-kanak Melayuberalih kepada meriam buluh yang lebih berbahaya sebagai alternatif kepada mercun komersial yang diharamkan oleh kerajaan.

Bagaimana ia berfungsi
Sesebuah meriam buluh biasanya terdiri daripada sebatang buluh yang besar serta campuran kalsium karbida dan air. Tindak balas kimia yang terhasil daripada campuran kalsium karbida dan air di dalam buluh menghasilkan asetilena, gas yang mudah meletup. Gas asetilena akan meletup apabila didedahkan kepada api. Letupan tersebut boleh mengakibatkan kecederaan teruk jika tidak dikendalikan dengan berhati-hati.



Minyak tanah juga digunakan sebagai bahan api. Kurang daripada secawan (lebih kurang 200 ml) minyak tanah panas dibubuh di dalam lubang kecil pada meriam buluh. Sebatang kayu kecil digunakan untuk membakar wap yang terhasil dan seterusnya menghasilkan letupan meriam. Seterusnya udara segar dibiarkan masuk ke lubang kecil itu dan meriam dibakar lagi. Sedikit latihan diperlukan bagi menghasilkan letupan yang paling kuat. Biasanya, buluh yang digunakan berdiameter antara 4 hingga 6 inci serta panjangnya antara 4 hingga 5 kaki.

Bahaya bermain meriam buluh
Oleh kerana buluh yang digunakan tumbuh secara semulajadi, ia tidak mempunyai kekuatan yang sekata. Dengan itu tidak terdapat jaminan buluh yang digunakan mampu bertahan dengan letupan yang terhasil, maka ia mampu pecah meletup. Ini menjadikan ia tidak dapat dijangka. Letupan inilah yang merbahaya kerana buluh akan berderai akan terpercik seperti lidi dan selumbar. Itu tak termasuk bahanapi yang mungkin akan terpercik dan menyebabkan kelecuran dan kecacatan kekal pada muka dan anggota badan akibat letupan tadi.

Langkah pencegahan
Sesetengah orang akan membalut meriam buluh tadi ketat-ketat dengan tiub basikal. Ini dilakukan pada tiga atau empat tempat penting. Antaranya adalah di bahagian muncung, tengah dan pangkal. Selain itu, untuk mengukuhkan lagi balutan itu, buluh itu akan di ikat pula dengan beberapa kali lilitan dawai kasar.

Kesannya, apabila buluh mulai lemah, ia akan remuk sendiri akibat dari kesan menjerut tiub basikal itu sebelum ia sempat meletup. Sekiranya ia meletup sekali pun, kebiasaannya buluh akan meremuk terus kerana jerutan tiub basikal tadi. Dawai itu pula akan menghalang tiub basikal dari meregang banyak sangat dan menghembur serpihan orang sekeliling.

Selain itu terdapat bahaya dari 'sisa toksik' kabaid yang berasid dan mampu menipiskan kulit yang terdedah dan juga wapnya mengancam paru-paru sekiranya di hidu untuk tempoh yang lama. Selain itu terdapat bahaya melecur terkena api lampu kabaid, dan juga bahaya ketika berlaku letupan terlewat. Bahaya letupan lewat berlaku apabila pemain cuba memeriksa meriam yang tidak meletup selepas dicucuh, dan meriam meletup ketika mereka sedang melihat ke dalam meriam.

Sumber Wiki
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment