Perang Kapten dan Lelaki Besi



MOVIE
‘Captain America: Civil War’
Satu misi Captain Amerika di Lagos, Nigeria telah menyebabkan kematian ramai orang awam. Disebabkan tragedi ini dan tragedi peperangan Avengers sebelum ini, United Nations telah bersepakat untuk menolak The Avengers. Semuanya berhubung kait dengan filem Marvel sebelum ini yang melibatkan pertembungan The Avengers dengan Ultron, pertembungan dengan Loki dan kemusnahan ketika Captain America menumpaskan Hydra. Semua peperangan ini menyebabkan ramai orang awam terkorban.

Satu resolusi telah dibuat oleh United Nations untuk menghadkan kuasa The Avengers kerana pemimpin-pemimpin dunia berpendapat The Avengers adalah punca terjadinya segala perang sebelum ini. Resolusi itu memerlukan setiap ahli Avengers bersetuju untuk menghadkan misi mereka di seluruh dunia dan hanya boleh bertindak jika dipersetujui oleh United Nations.
Di sinilah konflik bermula apabila Captain America tidak bersetuju dengan perjanjian itu tetapi Tony Stark aka Iron Man merasakan perjanjian itu adalah yang terbaik untuk Avengers. Perjanjian inilah yang menjadi titik permulaan perbezaan pendapat antara ahli Avengers.

Konflik ini menjadi lebih personal apabila ia melibatkan prinsip, tanggungjawab dan nilai persahabatan. Captain America ingin menyelamatkan rakan baiknya, Bucky (Winter Soldier) yang menjadi sasaran United Nations apabila beliau dijadikan kambing hitam dalam satu serangan di pejabat United Nations.
Jadi siapa yang berada di pihak Captain America dan siapa di pihak Iron Man?
Saksikan di panggung Sekarang!!!
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment