5 Petua Terkena Air Panas atau Minyak


Apa yang perlu kita lakukan sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kulit melecur? Contohnya ketika sedang memasak tiba-tiba terpercik minyak panas atau situasi tertumpah air panas pada anak kecil. sudah tentu perlu cepat-cepat ke hospital. tapi secepat mana pun kita bergegas untuk dapatkan rawatan, tentunya mengambil masa.
oleh yang demikian, andainya berhadapan dengan situasi yang tak disengajakanini, elok juga kalau diikhtiarkan kaedah tradisional sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit kesakitan yang dialami mangsa.

1. Telur Mentah,
Ambil sebiji telur, pecah dan kacau dalam satu bekas, kemudian sapukan telur pada tempat yang melecur. Rasa panas akan bertukar menjadi sejuk dan rasa sakit akan berkurang.
sekiranya sapuan telah kering, sapukan pula untuk lapisan kedua dan seterusnya. Ulangi setiap lapisan tu mengering atau gunakan sampai habis telur. dikatakan sekiranya dilakukan dgn segera, kesan melecur tadi tidak kelihatan.

2. Tepung
Segera dapatkan tepung (tepung apa pun boleh). tuang tepung dan lumurkan ke tempat yang terkena air panas atau minyak panas tu. Tepung akan membantu agar kulit tidak melepuh. Biarkan dan jangan basuh dengan air sehingga dapatkan rawatan di hospital.

3. Air Garam
Kalau tak dapat cari telur atau tepung, bolehlah dibancuh air larutan garam. Sapukan larutan garam pada tempat yang melecur dan biarkan kering. setelah kering jangan dibasuh dengan air, biarkan saja. Rasa panas akan hilang sedikit demi sedikit.

4. Getah Pelepah Pisang
Bagi yang tanampokok pisang di belakang rumah boleh guna cara ini. Sapukan getah pelepah pisang dengan rata ke bahagian yang melecur. kesakitan akibat melecur akan mereda.

5. Serbuk Kopi
Sekiranya petua diatas tak sesuai, boleh cuba petua ini. ambil serbuk kopi dan lumurkan perlahan-lahan ke bahagian yang melecur. mula-mula akan rasa pedih sikit. selepas 10 minit bolehlah ditanggalkan serbuk kopi tu.
Yang pentingnya, jangan sesekali membiarkan kulit yang terkena panas tu dengan air. kalau terkena air akan menyebabkan bahagian tersebut melepuh. bila kulit melepuh tu pecah, akan rasa lebih sakit..

sumber:www.petuatradisional.com
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment