SALAM AIDILFITRI




Aidilfitri yang kita rayakan pada hari ini merupakan tanda kemenangan umat Islam setelah berjaya mengharungi ibadah puasa selama sebulan dengan menahan diri daripada makan dan minum serta mentarbiahkan diri dengan mengerjakan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan demi menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Justeru, sambutan Hari Raya Aidilfitri membawa kepada pengertian kebersihan jiwa dan kesucian hati serta kesegaran tubuh dan minda. Dengan memiliki jiwa dan hati yang suci bersih, umat Islam dapat berkumpul beramai-ramai sambil menghulurkan tangan sebagai tanda bermaaf-maafan antara satu sama lain dalam suasana harmoni dan persaudaraan.

Sempena bulan yang mulia ini, marilah kita terus menyemarakkan tradisi murni kunjung mengunjung dan dan bermaafan sesame kita. Seperti yang sering dinyatakan, bukalah pintu rumah dan pintu hati seluasnya dengan kemaafan kepada semua, semoga hidup kita semakin di murahkan rezeki.

Akhir kata, kami dengan rasa rendah hati mewakili BeauteArmada mengambil kesempatan ini memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan. Kami mendoakan agar anda yang pulang ke kampung untuk berhari raya selamat dalam perjalanan menuju ke distinasi masing-masing dan selamat kembali semula dengan selamat. Semoga Tuhan sentiasa merahmati kita semua.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment