Petua Merawat Bayi Kembung


Seronoknya bila mencium bau bayi baru lahir. Orang kata bau syurga. Yela dilahirkan suci bersih tanpa secalit dosa tentunya bauan syurga masih bersama mereka..
Ermm...biasanya bayi kecil ni masalah yang selalu mereka hadapi ialah kembung perut. Pening kadang2 mak ayah tak dapat tidur malam sbb bayi mereka merengek tidak selesa. Sekali rasa perut, mak aih tegang dan bulat gitu. Kembung! kalau orang dewasa "ubat" nya mudah shj, telan 3 biji Peppermint Ginger keluarlah anginnya, kalau bayi?
Jangan tak tahu yer, kembung perut yang berlarutan boleh membahayakan dan juga boleh menyebabkan masalah penghadaman, seperti sembelit. Itu salah satu sebab juga mengapa bayi yang berumur bawah 6 bulan dilarang untuk diberikan makan lain selain susu. Sewaktu berumur bawah 6 bulan, sistem penghadaman mereka masih belum matang sepenuhnya.
Daun Pokok Mengkudu Menghilangkan kembung bayi.
Kalau duduk dikampung, daun mengkudu ni mmg senang la nak jumpa. Kadang kala pokok mengkudu boleh ditemui tumbuh meliar disemak dan tepi2 hutan. Ada juga yang tanam pokok mengkudu kerana kegunaan pokok ini serbaguna dalam bidang perubatan traditional. Kenal tak daun pokok mengkudu? Kalau tak kenal jom tengok gambar ihsan dari pakcik google ni.

Cara menggunakannya daun mengkudu :
1. Layur diatas api kecil sehelai daun mengkudu sehingga lembut.
2. Tuam ke atas perut bayi yang kembung. Hati2 jangan daun terlalu panas.
3. Buat urutan mengikut arah jam sewaktu menuam
4. Anda juga boleh biarkan daun mengkudu di atas perut bayi (bahagian atas pusat) sebelum memakaikan barut.

Selain itu antara tips2 yang anda perlu tahu untuk mengelakkan dari bayi anda kembung ialah :

1. Dinasihatkan juga sekiranya anda memberi susu formula kepada bayi anda, air yang digunakan perlulah dimasak hingga mendidih sebelum digunakan. Jangan sesekali digunakan air langsung dari tapisan. Perut bayi sgt sensetif.
2. Sekiranya bayi anda menyusu badan, ibu haruslah menjaga pemakanan dengan mengelakkan makanan2 yang berangin dan sejuk.
3. Elakkan bayi berada dalam keadaan sejuk, kurangkan kipas angin atau air cond. Jika tiada keperluan untu berjalan waktu malam, elakkan.
4. Mandikan bayi dengan air suam sekurang2nya untuk 6 bulan pertama. Jika bayi anda sememangnya mudah untuk kembung perut, amalan ini perlu diteruskan sehingga ia serasi atau boleh menerima air sejuk.
Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat dan dapat membantu sesiapa yang mempunyai masalah sebegini.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment