Bila Siti Nurhaliza ber'Smule', Ramai yang Kritik


BILA SITI NURHALIZA PUN MENCUBA APLIKASI 'SMULE', RAMAI YANG MENGKRITIKNYA
Namanya terlalu besar dalam industri muzik di Malaysia. Bertaraf ikon dan bintang besar, mungkin sebab itu ramai yang mempertikaikan bila Datuk Siti Nurhaliza turut menggunakan aplikasi nyanyian Smule.
Ini kerana aplikasi yang dianggap hanya sesuai buat penyanyi amatur dan juga mereka yang 'baru naik' untuk mengasah bakat. Bukannya untuk seorang yang sudah bertaraf legenda gitu.
Namun ini pula jawapan Siti berhubung hal ini, memetik laporan Berita Harian Plus.
“Ramai yang bertanya, mengapa saya mencuba aplikasi Smule? Saya tahu aplikasi itu menjadi tempat untuk mereka yang menggemari nyanyian merakamkan video seolah-olah sedang berduet dengan penyanyi yang diminati. Salahkah saya jika mempunyai minat sama seperti orang lain.


“Saya juga sama seperti mereka, cuma mungkin yang membezakan kami apabila kerjaya saya sebagai penyanyi menjadikan saya dikenali ramai. Namun, saya juga mempunyai minat dan keinginan untuk mencuba aplikasi terbaru, apatah lagi jika ianya membabitkan kerjaya nyanyian.
“Secara tak langsung, aplikasi ini buat saya dekat kepada peminat. Mereka yang tak berkesempatan bertemu saya secara peribadi, dapat melunaskan impian mereka menerusi Smule. Saya melihatnya dari sudut positif,” ujarnya panjang lebar.

Jadi bagaimana, nampaknya Siti sendiri begitu positif dan memandang hal ini bukan satu masalah buatnya. Harap peminat boleh terima yang pendirian penyanyi nombor satu negara ini, ya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment