FARA FAUZANA BAKAL KEMBALI KE KONTI?



Selepas meninggalkan dunia penyiaran radio sejak awal tahun lalu, agaknya apa yang dilakukan oleh Fara Fauzana kini?
Bercakap kepada Utusan Online, Fara atau lebih mesra disapa Fafau berkata kini rutin harian tetap padat dengan aktiviti kemasyarakatan, menghadiri kuliah agama dan mengembara ke luar negara.
“Hidup saya kini menjadi lebih tenteram dan teratur. Ada masa untuk diri sendiri dan menebus kembali aktiviti yang tidak berkesempatan dilakukan sebelum ini.
“Fokus saya juga tidak kepada kerja semata-mata. Semua aktiviti dapat dibahagikan dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.
Bagaimana pula dengan dunia radio yang memang menjadi darah daging Fafau, adakah dia terus melupakannya atau bakal membuat 'comeback' suatu hari nanti ke konti?
“Saya memang bersedia tapi bukan buat masa ini. Mungkin dalam tempoh dua tahun mendatang barulah saya dapat mempertimbangkan tentang perkara tersebut.
“Bukan nak ‘jual mahal’ tapi saya memerlukan sedikit masa untuk memikirkan mengenai perkara itu,” terangnya.
Sumber: Utusan Online

Foto Ihsan Mynewshub
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment