Kebaikan Timun


Tahukah anda timun sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan bukan sekadar ulam? Boleh guna dari hujung rambut ke hujung kaki, tapi kena tahu caranya.
Malah, Tiffany dari Girls Generation melakukan topeng timun dua kali seminggu, ini untuk melegakan kulit dan memberikan vitamin ke dalam kulit.


Cepat Kurus
Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air. Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit. Kajian mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun membantu mengurangkan paras kolestrol.

Rambut
Timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.

Gusi dan Gigi
Jus timun juga bermanfaat bagi anda yanag mengalami masalah gigi dan gusi kerana timun merupakan sumber serat yang baik.

Mata
Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan saja timun yang yang dipotong membulat pada mata. Timun mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak tersebut.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment