Resipi: Ayam Mentega Telur Masin



Bahan-bahan:
Isi ayam
MentegaSedikit Daun Kari3-4 Cili padi hiris3-4 ulas bawang putih dihiris3 biji telur masin ( direbus dan diambil bahagian kuning telur sahaja)1/4 cawan kecil susu cair/susu biasa ( ikut suka, jika mahu banyak kuah, tambah kuantiti susu cair )Minyak untuk menggorengBahan perasa ( garam, lada sulah )Bahan goreng ayam ( tepung jagung, tepung biasa, air, sedikit garam ) atau tepung goreng KFC1-2 sudu serbuk kari jika mahu.

Cara-cara
1. Goreng ayam dahulu dengan bahan goreng ayam. Jika bahagian ayam terlalu besar, potong kecil-kecil.
2. Di dalam kuali lain, masukkan sedikit minyak dan 4-5 sudu mentega. Apabila mentega cair, masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari.
3. Apabila naik bau, masukkan telur masin kuning yang dihancurkan dan tunggu sehingga naik buih. Kemudian masukkan susu cair, garam, serbuk kari ( jika mahu ) dan bahan perasa lain. Apabila agak berbuih, masukkan ayam goreng dan gaulkan.
4. Tutup api dan boleh dihidangkan.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment