Jus Kurma untuk atasi letih di bulan puasa
Petua Atasi Letih Di Bulan Puasa Dgn Jus Kurma
Seperti yang kita tahu, kurma mengandungi banyak khasiat. khasiat utama kurma, ia dapat meningkatkan tenaga selama 30 minit selepas memakannya. sebsb itulah umat Islam dianjurkan memakan buat kurma terlebih dahulu semasa berbuka puasa..
Kurma juga terkenal sebagai 'superfood' norbor satu di dunia. pelbagai bukti mengenainya dilaporkan melalui jurnal dan kajian ilmiah.
Kurma dan Susu, Gabungan Makanan Terbaik Untuk Atasi Letih
Kurma bersifat anti-cancer dan kaya dengan pelbagai vitamin serta mineral. Antara khasiat lain kurma adalah mencegah sembelit dan juga masalah kekurangan darah.
Susu pula mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, menguatkan badan, serta membantu pembentukan tulang. Pengambilannya membantu proses penyerapan vitamin dan mineral dengan lebih berkesan. sebab itulah susu merupakan gabungan terbaik bersama kurma
Malah, ada yang mendakwa mereka yang dahulu sering mengalami gastrik kini sudah dapat berpuasa kerana mengamalkan minuman jus kurma susu.
Jus Kurma ini sesuai untuk semua peringkat umur termasuklah anak-anak, agar lebih bertenaga sepanjang bulan.
Sumber : Sirap Limau
0 comments:
Post a Comment