Petua Kurus dan Langsing Tradisional


Petua tradisional untuk kurus dan langsing menjadi amalan nenek moyang kita untuk kekal ramping. Hanya berasaskan sumber semulajadi, kita dapat kurus dan langsing secara sihat dan tanpa bahan kimia.
Masyarakat hari ini masih lagi mengamalkan petua tradisional untuk kurus dan ramping, namun peratusnya sangat sedikit.

Alasan generasi muda untuk tidak mengikut petua tradisional ini adalah kerana menyangka semua petua ini sukar dan rumit untuk diamalkan.

Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.



Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.
Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan, amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

Air asam jawa baik dijadikan minuman harian.
Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


Dibawah ini ada beberapa cara untuk mengamalkan petua tradisional ini.
Sumber : amanina vitashop
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment