TIPS MINUM 8 GELAS AIR DI BULAN RAMADHAN



Amat penting untuk kita mengambil air yang mencukupi sewaktu bulan puasa nie supaya kita tak terdehidrasi. Minum air yang mencukupi sangat penting untuk kita mengekalkan kesihatan tubuh badan kerana ia membantu melancarkan sistem perkumuhan dan membuang toksin dalam badan.

Kita digalakkan untuk mengambil air kosong/masak sekurang-kurangnya 2-3 liter setiap hari. Kalau hari-hari yang tak berpuasa boleh la kita nak habiskan 2-3 liter sehari tu kan sebab boleh minum bila-bila waktu je. Tapi, macam mana pula kita nak habiskan 2-3 liter sehari pada hari kita berpuasa sedangkan kita hanya boleh makan dan minum dari waktu berbuka sehingga sahur sahaja?

Ok, kita boleh ikut cara di bawah nie

Caranya adalah kita minum:

1 gelas lepas azan maghrib
1 gelas lepas abis solat maghrib
1 gelas lepas makan
1 gelas lepas solat isyak
1 gelas lepas solat terawikh
1 gelas sebelum tidur
1 gelas selepas bangun dari sahur (before makan)
1 gelas selepas habis makan sahur

Dengan cara nie, mungkin kita boleh minum air lebih dari 8 gelas sehari.

Selamat Berpuasa! 
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment