Resepi Kek Gula Hangus


Bahan-bahan buat kek gula hangus:
1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125 gm butter
4 biji telur grade A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla


Cara buat kek gula hangus:
1. Cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus dengan api sederhana (jangan dikacau).
2. Bila gula sudah cair, tuangkan air panas.
3. Bila sudah cair, sejukkan gula dan tunggu betul-betul sejuk.
4. Cairkan mentega di periuk lain dan sejukkan.
5. Bila keduanya sudah sejuk, pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata.
6. Masukkan susu pekat dan kacau rata secara perlahan.
7. Bila sudah rata, masukkan mentega cair dan kacau perlahan hingga rata.
8. Tambahkan esen vanilla dan masukkan ayakan tepung dan soda. Kacau hingga rata.
9. Masukkan gula hangus dan kacau rata.
10. Tuangkan ke dalam loyang 7x7 inc yang sudah di lapik kertas pembakar dengan olesan sedikit butter.
11. Perap aduan ini hingga 5 jam.
12. Bila sudah perap 5 jam, masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan sebelumnya dengan suhu 170 darjah hanya guna api bawah selama 45 minit.
13. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
14. Angkat kek dan sejukkan sebelum di potong.

Sumber: www.myresepi.net
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment