Tips Makanan Sihat bulan Ramadhan


Berikut adalah beberapa tip pemakanan (diet) sihat sempena bulan puasa. Ia boleh dijadikan panduan dalam memilih atau menyediakan menu yang sihat untuk juadah berbuka puasa dan sahur:

~ Jus buah sitrus (limau, oren dsb.)
pelengkap yang baik kepada juadah berbuka puasa. Jus sitrus kaya dengan vitamin C, memulihkan tubuh selepas berpuasa sepanjang hari.



~ Kurma
Ada sebab kenapa buah kurma merupakan sebahagian daripada makanan "ruji" berbuka puasa di bulan Ramadan: ia menawarkan pelbagai nutrien seperti serat, vitamin B6, kalium, mangan, magnesium dan kuprum. Mereka menyediakan nutrien yang diperlukan oleh badan yang tidak boleh didapati sepanjang tempoh berpuasa.


~Jangan makan makanan berat dan bergoreng terlalu banyak semasa iftar, kerana ia boleh menyebabkan perut meragam dan menambah berat badan. Sebaliknya, pilihlah hidangan yang dikukus, panggang, atau bakar. Pastikan anda makan makanan yang seimbang, yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak yang baik. Ia mengenyangkan, serta berkhasiat.

~Kuih-muih merupakan sebahagian penting daripada makan berbuka puasa. Walau bagaimanapun, jangan makan terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Sebaliknya, gantikan kuih-muih dengan pencuci mulut yang lebih menyihatkan, seperti buah-buahan segar atau kering, dan kekacang.


~Untuk sahur, makan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, protein dan serat, kerana ia akan membuat anda merasa kenyang lebih lama, dan membekalkan tenaga yang tubuh anda perlukan dalam jangka masa yang lebih lama.
Semoga tip-tip pemakanan di bulan puasa di atas dapat sedikit sebanyak membantu anda kekal sihat dan ceria sepanjang Ramadan ini.

Sumber
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment